(7 Mac 2013)
Sedihnya hati apabila mendengar luahan hati seorang rakan baik yang sama-sama menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Inilah ujian dan dugaan yang Allah S.W.T berikan pada dirinya. Apabila aku cuba berempati dengan situasi tersebut, iaitu cuba meletakkan diriku ditempatnya, aku rasa sudah tentu sukar untuk aku melalui saat-saat sukar seperti yang dialami oleh dirinya. Bukan mudah untuk menerima keadaan di mana mempunyai seorang ibu tiri yang sangat kejam sehingga ayahnya mula tidak mempercayai anak-anaknya sendiri hanya kerana rasa sayang dan cinta kepada insan yang ku rasakan tidak patut dicintai dan disayangi. Ekoran kejadian itulah yang menyebabkan dia mula rasa disisihkan oleh ayah kandung sendiri, tambahan pula dia sudah lama kehilangan ibunya. Dia bersama kami kerana dia mahu gembira seperti kami, dia bersama kami kerana dia mahu hindari rasa duka dihati, walaupun rasa duka itu sukar untuk dipadamkan. Namun, antara kami, bukan semua yang mengetahui episod duka yang melanda diri sahabatku ini. Dia menceritakan episod dukanya padaku mungkin kerana dia mempercayai diriku dan mungkin juga dia mahu menenangkan jiwanya yang sedang berserabut.
Wahai sahabatku, ketahuilah sesungguhnya aku tidak kisah jika kau mahu mencurahkan segala isi hatimu itu kerana aku cukup bersimpati dan terkesan dihati apabila mendengar segala perit yang kau rasakan. Ketahuilah bahawa aku sangat menyayangi dirimu kerana kau seorang sahabat yang jujur dan mampu membuatku tersenyum. Aku akan sentiasa ada di saat kau memerlukan seorang teman. Pedulikanlah tohmahan sekeliling kerana mereka tidak mengetahui keadaan yang sebenar. Maafkanlah mereka wahai temanku jika mereka mengata dan mengumpat dirimu. Sesunggunya Tuhan lebih mengetahui segalanya. Aku sentiasa mendoakan agar ayahandamu sedar akan kenyataan yang sebenar dan kembali kepada dirimu dan adik-adikmu. Semoga semuanya akan baik suatu hari nanti. Jangan pernah putus asa untuk minta padaNya agar kamu memperoleh kebahagiaan. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment