Pages

Saturday, 16 March 2013

SITUASI 8: SIKAP MANUSIA



Gambar 1


Gambar 2

Sedih apabila melihat sikap sesetengah manusia yang langsung tidak mengendahkan atau mempedulikan tentang perkara yang patut diberi perhatian. Ketiga-tiga gambar tersebut diambil di surau E-learning, UPSI yang jelas menunjukkan sikap masyarakat mahasiswa yang tidak bertanggungjawab dan tidak sopan. Astaghfirullah al-azim, adakah ini menggambarkan sikap seseorang mahasiswa? Mungkin kita hanya mengganggap semua ini perkara biasa sahaja tetapi cuba bayangkan jika ada penghuni luar atau pelawat yang datang ke UPSI dan melihat fenomena seumpama ini ketika hendak solat. Alangkah malunya kita yang bergelar sebagai mahasiswa kerana mahasiswa yang selama ini dianggap sebagai pendidik masa hadapan rupa-rupanya inilah perangainya. Senario ini akan berleluasa jika kita hanya menganggapnya sebagai perkara biasa. Kita sepatutnya menyimpan atau menyangkut telekung tersebut di tempat yang sepatutnya setelah digunakan, bukan melemparnya di merata-rata tempat. Masyarakat luar akan melabel kita sebagai mahasiswa yang tidak bertanggungjawab, pengotor, tidak mendengar arahan, teruk dan bermacam-macam lagi. Sedangkan telah tersedia sekeping kertas dalam surau tersebut yang tertera perkataan :


Gambar 3

Gambar tersebut jelas menunjukkan arahan menyuruh kita menyangkut kembali telekung setelah digunakan, tetapi sebaliknya pula berlaku. Semoga kita sama-sama memperbaikinya kerana kita menggunakan telekung ini untuk solat dan mengadap Allah S.W.T, jadi kita sepatutnya menjaganya dengan baik agar tidak berbau, kotor dan lain-lain.




No comments:

Post a Comment