Pages

Friday, 29 March 2013

SITUASI 17: DISEBALIK UNGKAPAN DI PECEL LELE LELA


"Selamat pagi de Lela". Begitulah sapaan yang diucapkan oleh seluruh pekerja restoran Pecel Lele Lela setiap kali menyambut pengunjung datang. Ketika mendengarkan ungkapan tersebut, aku jadi kehairanan kerana jam sudah menunjukkan pukul 4 petang ketika aku dan kakak singgah untuk menjamu selera di restoran ini. Aku cuba menanyakan soalan tentang ungkapan pada permulaan kami sampai kepada kakak dan kakak memberitahu bahawa restoran ini sentiasa mengucapkan ungkapan tersebut apabila menerima pengunjung tidak mengira sama ada waktu pagi, petang atau malam. Kakak juga tidak tahu secara jelas tentang maksud sebenar disebalik ungkapan tersebut. Aku juga sangat tertarik dengan cara pekerjanya menyambut dan melayan pengunjung. Oleh sebab rasa ingin tahu yang tinggi, aku terus ke carian google untuk mencari maksud di sebalik kata-kata itu.

Alhamdulillah, aku telah jumpa jawapan sebenarnya melalui carian google. Sebenarnya, ungkapan "Selamat pagi de Lela" memberi gambaran selalu pagi, iaitu pengunjung yang menikmati juadah di sini sentiasa merasa ceria, gembira dan tenang, seolah-olah waktu menunjukkan keheningan di waktu pagi. Lebih menarik lagi apabila setiap hidangan yang dihidangkan pasti mengandungi ikan keli. Walaupun hidangan tersebut ialah mi goreng. Hal ini demikian kerana Lele bermaksud ikan keli. Restoran ini merupakan restoran yang menyediakan makanan bersama ikan keli. Nama Pecel Lele Lela bermaksud penjualan ikan keli lebih laku. Nama ini timbul kerana Pecel Lele Lela berasal dari Indonesia. Para pekerjanya juga dari Indonesia dan Pecel Lele Lela bukan sahaja meluaskan empayarnya di Malaysia, tetapi juga di Singapura. Jika di Indonesia sendiri, lelel ini telah didatangkan khas dari penternakan lele di Bogor. Jenis lele yang digunakan ialah Lele Sangkuriang yang dikembangkan di Institut Pertanian Bogor. Setelah selesai membayar harga makanan yang di makan, pekerjanya akan menunggu kita sehingga keluar dari restoran dan mereka akan menyapa kita dengan "Terima kasih, Selamat jalan".


No comments:

Post a Comment