" Mung raser, mung hebat sangat doh ke? mung besor sangat doh? mung cerdik sangat doh? mung betul blake doh? dok molek mung blake ahh?? kalau mung brani ngat, mung mari duk depang kelah, ngajor depang ni pulop, cikgu pulop nok duk blakang, main pulop! baru mung tahu guanerr...hebat ngat!"
Aku tertarik dengan tiga baris ayat yang telah aku temui di "facebook" semalam. Ayat tersebut ialah ayat luahan hati seorang guru yang berasal dari Terengganu kerana berdasarkan ayat yang aku paparkan di atas, ayat tersebut menggunakan dialek Terengganu pekat. Aku dapat memahami ayat tersebut kerana aku juga berasal dari Terengganu, tetapi cara penulisannya itu menggambarkan bahawa guru tersebut berada dalam tekanan disebabkan oleh sikap pelajarnya yang suka main-main dan tidak serius ketika sesi pembelajaran berlangsung. Pada pendapatku, sebagai seorang guru, kita tidak sepatutnya menggunakan dialek dalam penulisan kita, walaupun penggunaan dialek tersebut untuk menyatakan luahan hati yang terpendam. Apabila kita sudah bergelar seorang guru, kita sepatutnya menggunakan ayat dengan betul. Lebih-lebih lagi apabila menulis pada khalayak kerana "facebook" ialah medium perantaraan dan semua orang boleh membaca ayat yang kita paparkan, sama ada kawan-kawan mahupun pelajar kita sendiri. Kita yang mendidik pelajar supaya menggunakan ayat dengan betul, tetapi kita sendiri yang tidak menggunakan ayat dengan betul ketika menulis. Masyarakat sentiasa menilai kemampuan kita sebagai seorang guru kerana kita bakal mendidik anak-anak mereka, jadi janganlah kita cemarkan bahasa kita sendiri. Tidak salah jika ingin menggunakan dialek, tetapi biarlah kene pada tempatnya.
No comments:
Post a Comment