Maafkan diriku jika aku bersalah wahai teman-temanku. Aku hanya manusia biasa yang kadang-kadang tidak terlepas daripada khilaf. Aku cuba untuk menjadi seorang teman yang terbaik untuk kamu semua, tetapi ada kalanya aku tidak mampu untuk ke arah itu kerana terlalu banyak ujian yang perlu ku tempuhi. Aku luahkan segalanya dengan tangisan yang mengalir tanpa henti, diiringi oleh sendu dan sebak dijiwa serta aku coretkan secebis gambaran luahan hati supaya hatiku tenang dan dapat meneruskan perjalanan hidup dan perjuangan di medan pembelajaran.
Hanya satu yang aku pinta daripada sahabat sekalian, agar berterus-terang jika terdapat salah faham antara kita, bukannya mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran yang membuatkan hati ini sangat tersinggung. Aku mohon daripada sahabat-sahabat supaya cuba berterus-terang dengan tutur bicara profesional yang boleh membina diriku ke arah kebaikan. Janganlah terus menduga hati ini kerana aku bimbang lama-kelamaan akan terluah segala yang bersarang di hati. Jika semua itu bersemi, pasti kita tidak akan dapat bersemuka seperti sedia kala. Situasi yang sukar untuk aku tempuhi tetapi inilah hakikat sebenar kehidupan bermasyarakat.
No comments:
Post a Comment