Rindu pada ibu yang sangat jauh dari mata menusuk kalbuku. Aku terus menelefon nombor adik kesayanganku kerana ibuku tidak mempunyai telefon.
Aku : Assalamualaikum ma. Ma buat ape tu?
Ibu : Waalaikumussalam. Ma duk tengok tv ni.
Aku : Cerita apa ma tengok? Mesti Bayu Cinta Luna nih. (gelak)
Ibu : Cerita Indonesia ma la. Puas tak tahu nok wat gapo. Tunggu mung tok balik-balik pon.
Aku : Ore sibuk la ma. Banyok kije tak leh nak balik kampung. Tunggu minggu depan la. Semua sihat ko ma?
Ibu : Sihat belako. (Teruskan pelbagai jenis perbualan dan gelak tawa)....... Mok Su (jiran sebelah rumah) kene pukau.
Aku : Kene pukau? Dengan sape?
Ibu : (Ma cerita dari awal hingga akhir)
Menurut cerita ibuku (panggilan mesra ialah ma), Mak Su, iaitu jiran sebelah rumahku telah dipukau oleh 3 orang lelaki yang tidak dikenali. Menurut ibuku lagi, kejadian tersebut tidak disedari oleh jiran-jiran kerana mereka sedang sibuk dengan tugas masing-masing ketika itu. Ma juga tidak menyedari akan kejadian tersebut kerana ketika itu ma sedang mencuci pakaian. Kejadian tersebut disedari setelah Mak Su sedar dari pukau. Mak Su menangis kerana dia telah menyerahkan sejumlah barang kemas yang agak banyak. Dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kampung Raja. Ma memberitahu bahawa Mak Su telah menerima tetamu dari 3 orang lelaki yang memakai jubah berwarna putih. Lelaki tersebut telah melawat Mak Su dari luar pagarnya, kemudian Mak Su mempelawa lelaki tersebut masuk ke dalam pagarnya. Setelah itu, Mak Su tidak sedar perkara yang berlaku pada dirinya menyebabkan dia menyerahkan barang-barang kemas yang dipakainya dan yang tersimpan di dalam almari. Setelah mengambil barang-barang tersebut, 3 orang lelaki tersebut tergesa-gesa beredar dari rumahnya.
Ilmu pukau pada zaman moden masih berleluasa dan digunakan oleh manusia yang tidak bertanggung jawab. Aku sangat bersimpati dengan nasib Mak Su kerana telah menjadi mangsa pukau. Apabila mendengar cerita ini, aku teringat kembali waktu bekerja di sebuah pasaraya ketika masih bersekolah dahulu. Aku ditugaskan sebagai juruwang di pasaraya tersebut. Kawanku, Kak Ida juga seorang juruwang dan telah menjadi mangsa pukau oleh 2 orang lelaki warga asing. Kejadian tersebut tidak disedari oleh pekerja lain kerana ketika itu musim perayaan hampir tiba, jadi pasaraya sesak dengan pelanggan. Kejadian tersebut disedari setelah lelaki tersebut beredar dari pasaraya. Kamera litar tertutup menunjukkan Kak Ida menyerahkan wang di dalam laci yang berjumlah RM600 kepada 2 orang warga asing. Peristiwa itu menyebabkan kami sentiasa berwaspada dan berhati-hati terhadap setiap pelanggan yang mengunjungi pasaraya.
No comments:
Post a Comment