Monday, 11 March 2013
SITUASI 6: ARENA PEMBELAJARAN
Keceriaan kelas KPD di bawah naungan Encik Razali kian terasa apabila pelajar-pelajar yang seterusnya, iaitu seramai 11 orang lagi hari ini telah mempamerkan persembahan set induksi mikro yang sangat menarik. Tambahan pula persembahan masing-masing mendapat tindak balas yang baik daripada kawan-kawan seperjuangan dan Encik Razali Ayob. Pelbagai aksi dan reaksi ditonjolkan bakal-bakal guru bagi menyelesaikan tugasan yang pertama ini dan melalui persembahan ini juga, saya dapat lihat debaran, kerisauan, gugup dan pelbagai ragam lagi serta bahasa yang dituturkan juga ada kalanya terpesong daripada bahasa baku, iaitu terkeluar loghat dari negeri masing-masing. Walaupun begitu, usaha untuk memperbaiki mutu bahasa dan persembahan tetap dijalankan. Pembelajaran KPD sememangnya dapat membantu kami untuk menjadi guru yang lebih yakin dan berketerampilan kerana kami didedahkan dengan pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran dan kami diberi kepercayaan penuh untuk mengendalikan kelas. Alhamdulillah selesai 21 orang bagi set induksi mikro yang pertama. Hanya tinggal lagi seramai 11 orang yang belum membuat persembahan dan mereka bakal berentap di pentas KPD pada hari jumaat nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment