Pages

Sunday, 10 March 2013

SITUASI 2: INILAH PERMAINAN HIDUP


Teringat kembali satu peristiwa yang berlaku pada hari selasa yang lalu (5 Mac 2013), iaitu mengisahkan penipuan melampau oleh satu panggilan telefon. Sebaik sahaja selesai kelas Sosiolinguistik, Shely terus menuju ke SITC bersama Syuhada Adnan dan Fatimah Najihah untuk melihat karnival yang diadakan di SITC anjuran UKLK. Sebaik tiba sahaja di sana, kami sibuk melayan baju-baju, beg dan alatan-alatan lain yang dijual di situ. Walaupun tidak membeli tetapi kami tetap tidak melepaskan peluang untuk bersesak-sesak di dalam SITC. Shely mendapat panggilan telefon yang tertera nama "abe" di skrin telefon, jadi Shely terus menjawab panggilan tersebut kerana biasanya abe telefon Shely apabila ada hal-hal yang penting untuk disampaikan. Abe memberitahu bahawa dia menerima panggilan telefon daripada seorang peguam yang yang membahasakan dirinya Jesiey. Abe memberitahu lagi bahawa panggilan tersebut adalah disebabkan oleh diriku yang sudah tidak membayar perjanjian takaful Syarikat Takaful Global selama 2 tahun berturut-turut. Ketika itu, aku menjadi tidak keruan kerana abe cakap jika Shely tidak menyelesaikan kesemua hutang tersebut sebelum pukul 1 tengah hari nanti, Shely akan disaman dua kali ganda berbanding harga yang sebenarnya. 

Shely mula pening dengan situasi ini kerana setahu Shely, Shely tidak pernah membuat perjanjian dengan mana-mana syarikat, lebih-lebih lagi untuk menandatangani kontrak. Lebih menghairankan ialah peguam tersebut mengetahui semua butir-butir peribadi diriku. Malah, dia mengetahui nombor telefon abangku. Shely benar-benar buntu dan cuba mengingati kembali kalau-kalau Shely ada membuat perjanjian dengan mana-mana syarikat sebelum ini, tetapi Shely tetap tidak dapat mengingatinya dengan baik. Setelah mendengar cerita abang dengan lebih lanjut, Shely baru ingat bahawa semasa semester dua kalau tidak silap, Shely ada menerima satu panggilan telefon daripada seseorang yang tidak dikenali. Panggilan tersebut menyatakan bahawa Shely telah terpilih untuk menerima tawaran istimewa dari Syarikat Takaful. Sebelum menerima tawaran tersebut, Shely dikehendaki memberikan butir-butir peribadi kepada pihak mereka kerana mereka menawarkan insurans yang agak tinggi serta memerlukan nama ibu atau bapa sebagai penerima kedua selain diri kita sendiri. Mereka juga menyatakan bahawa syarikat mereka akan menghantar butiran lanjut melalui surat kepada alamat yang telah Shely berikan kepada pihak syarikat tersebut. Namun, surat tersebut masih belum sampai ke tangan Shely hingga sekarang, maka terbukti bahawa tiada tandatangan  bertulis bagi pihak Shely.

Apabila difikirkan kembali, terbukti bahawa mereka hanya mahu mengambil kesempatan terhadap orang lain bagi mengaut keuntungan terhadap diri sendiri. Bahkan mereka juga pandai meyakinkan orang lain untuk tujuan penipuan tersebut. Setelah menyedari hakikat tersebut, Shely mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan kejadian tersebut agar tidak mengganggu pemikiranku. Abe juga berpesan pada Shely supaya lebih berhati-hati selepas ini terhadap penipuan seumpama ini. Selesai berborak dengan abe, Shely menerima sms daripada abe menyatakan bahawa “peguam tu telefon aku 20 kali”. Aku hanya tersenyum membaca sms tersebut kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka benar-benar terdesak melakukan penipuan tersebut.

Alhamdulillah Ya Allah kerana melindungiku daripada manusia sebegini. Mungkin dahulu aku percaya dengan kata-kata mereka kerana aku masih baru di alam khidupan berdikari. Aku masih mentah dan masih belum mengerti dengan baik tentang manusia sekeliling dan aku juga merasakan bahawa kehidupanku sentiasa baik sedangkan tanpa aku sedari betapa ramainya manusia yang cuba mengambil kesempatan terhadap diri kita jika kita tidak cuba menghalangnya. Pengalaman tersebut sedikit sebanyak telah mendewasakan diriku dan mematangkan pemikiran ini agar lebih berwaspada terhadap kehidupan sekeliling.

         

No comments:

Post a Comment